A. Asal keturunan beliau
Nabi Ibrahim a.s. merupakan anak kepada Azar bin Sam bin Nuh.Nama sebenar nabi Ibrahim ialah “Tarikh’ bin Sam bin Nuh.Beliau terkenal dengan gelaran Azar,kerana pekerjaannya mengukir patung berhala yang dijadikan penyembahan mereka.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan pada 2295 sebelum Masihi,di negeri Mausul pada zaman Raja Namrud.Beliau seorang Rasul Allah diutuskan kepada satu kaum di negara Iraq pada ketika itu dikuasai Raja Namrud.
Raja Namrud mengamalkan pemerintahan tanpa sebarang kecundang sebagaimana situasi sekarang.Ia seorang raja yang kejam dan mengakui dirinya sebagai Tuhan.Kaum Raja Namrud mempercayai dan mengamaikan penyembahan berhala.Nabi Ibrahim mengajak mereka untuk menyembah Tuhan yang sebenarnya.
B.Nabi Ibrahim a.s. mencari Tuhan.
Sejak kecil Nabi Ibrahim telah mendapat petunjuk daripada Allah.Setelah melihat situasi orang-orang yang menyembah patung-patung itu,timbul pernyataan dalam hatinya.Bagaimana suatu benda yang dibuat daripada kayu,logam dan sebagainya mereka sembah.Padahal patung-patung itu tidak boleh melihat,mendengar,berbicara mahupun memberi pertolongan kepada mereka yang menyembah . Cara pemikiran tersebut mendorong beliau untuk mencari Tuhan yang menjadikan benda-benda itu.Kalau ia bertemu dengan binatang -binatang seperti unta,kambing,dan kibas beliau bertanya di dalam hatinya:”Siapakaah yang maenjadikan binatang-binatang itu?”
Apabila malam,beliau melihat bulan,bintang sehigga tenggelam.Pada siang hari beliau melihat matahari yang terbit dan terbenam ketika senja.ia berkata didalam hatinya:”Aku tidak akan bertuhankan yang tenggelam itu.”
Demikianlah Ibrahim mencari Tuhan yang penyelidikan sendiri sebagaimana diterangkan didalam Al-Quran yang bermaksud:
“Ketika hari telah malam,Ibrahim melihat bintang katanya:Inilah Tuhanku?Tetapi setelah dilihatnya bintang terbenam,ia berkata;”Aku tidak akan bertuhankan yang terbenam.”
“Sesudah itu ia melihat pula akan bulan purnama yang memancarkan cahayanya gilang gemilang ia pun berkata:”Inilah Tuhanku?Tetapi setelah bulan itu lenyap,maka lenyap pula pendapatnya bertuhankan kepada bulan itu serta l berkata:”Kalau tidak Tuhanku yang sebenarnya yang memperlihatkan tentu aku menjadi sesat.”