Hai Semua. Ini BLOG saya. Parental Advise : This blog is dedicated to our lovely children, however the elder is not attracted to bloggers yet so we decided to open just this one for our daughter. She likes to read and write so much. We do hope you all mind your language and manners well as i don't tolerate well against that kind. So kindly behave yourself and mind the words manners.

Tuesday, June 8, 2010

Kisah hidup Nabi Ibrahim a,s - siri 1

A. Asal  keturunan  beliau
Nabi  Ibrahim  a.s.  merupakan anak  kepada  Azar  bin  Sam  bin  Nuh.Nama sebenar nabi Ibrahim  ialah  “Tarikh’  bin  Sam bin Nuh.Beliau  terkenal  dengan gelaran  Azar,kerana  pekerjaannya  mengukir patung berhala yang  dijadikan  penyembahan  mereka.
 
Nabi  Ibrahim  a.s.  dilahirkan  pada  2295  sebelum   Masihi,di negeri   Mausul  pada  zaman  Raja  Namrud.Beliau   seorang   Rasul  Allah  diutuskan  kepada  satu  kaum  di  negara  Iraq pada ketika itu dikuasai Raja Namrud.

Raja  Namrud  mengamalkan  pemerintahan   tanpa  sebarang  kecundang sebagaimana  situasi  sekarang.Ia  seorang raja  yang  kejam  dan  mengakui  dirinya sebagai   Tuhan.Kaum  Raja  Namrud  mempercayai  dan mengamaikan penyembahan  berhala.Nabi  Ibrahim  mengajak mereka  untuk  menyembah  Tuhan yang sebenarnya.

B.Nabi  Ibrahim  a.s. mencari Tuhan.

Sejak  kecil  Nabi  Ibrahim  telah  mendapat  petunjuk  daripada  Allah.Setelah  melihat   situasi  orang-orang yang menyembah patung-patung  itu,timbul  pernyataan  dalam  hatinya.Bagaimana suatu  benda  yang  dibuat   daripada  kayu,logam  dan  sebagainya  mereka  sembah.Padahal  patung-patung  itu  tidak  boleh  melihat,mendengar,berbicara  mahupun  memberi  pertolongan  kepada  mereka  yang  menyembah .  Cara pemikiran  tersebut  mendorong  beliau  untuk  mencari  Tuhan  yang  menjadikan  benda-benda  itu.Kalau  ia  bertemu  dengan  binatang  -binatang  seperti  unta,kambing,dan  kibas  beliau  bertanya  di  dalam  hatinya:”Siapakaah  yang  maenjadikan  binatang-binatang  itu?”

Apabila  malam,beliau  melihat  bulan,bintang  sehigga  tenggelam.Pada  siang  hari  beliau  melihat  matahari  yang  terbit  dan  terbenam  ketika  senja.ia  berkata  didalam  hatinya:”Aku  tidak  akan  bertuhankan  yang  tenggelam  itu.”

Demikianlah  Ibrahim  mencari  Tuhan  yang  penyelidikan  sendiri  sebagaimana  diterangkan  didalam  Al-Quran  yang  bermaksud:

“Ketika   hari  telah  malam,Ibrahim  melihat  bintang  katanya:Inilah  Tuhanku?Tetapi  setelah  dilihatnya  bintang  terbenam,ia  berkata;”Aku  tidak  akan  bertuhankan  yang  terbenam.”

“Sesudah  itu  ia melihat  pula  akan bulan  purnama  yang   memancarkan   cahayanya  gilang  gemilang  ia  pun berkata:”Inilah  Tuhanku?Tetapi  setelah bulan  itu  lenyap,maka  lenyap  pula  pendapatnya  bertuhankan  kepada  bulan  itu  serta  l  berkata:”Kalau  tidak  Tuhanku  yang  sebenarnya  yang  memperlihatkan  tentu  aku  menjadi  sesat.”

No comments:

Post a Comment